Aizat Amdan

Website-Banner-drj

Mula terkenal menerusi Akademi Fantasia musim kelima dan pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 selain memenangi trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu Lagu Kita. Perkembangan terkini mengenai Aizat Amdan, beliau sedang aktif dengan Vlog yang memaparkan tentang kehidupan peribadi dan aktiviti harian beliau menerusi saluran YouTube miliknya.

Tidak lupa, kini Aizat juga berganding bahu Bersama Sherry Alhadad sebagai juri selebriti bagi rancangan pencarian bakat online Bakat Ohsem Malaysia, yang telah ditayangkan mulai 2 November di hurr.tv!