Aziz Harun

Website-Banner-drj

“Suara dia sedap macam ice cream lah!”

Aziz Harun mula mencuri hati para peminat menerusi single pertamanya, Senyum, pada tahun 2014 dan beliau pernah menerima anugerah Lagu Kolaborasi Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2016 menerusi single keduanya, Beautiful. Beliau yang berasal dari Brunei Darussalam mula menyanyi sejak berusia 6 tahun dan mula aktif dalam industri muzik menerusi program ‘Bintang Kecil’ pada tahun 2009 di mana beliau bergelar juara.

Kini, Aziz sekali lagi mencuri hati (atau mencairkan hati) para peminat dengan single keempatnya iaitu, Jangan, yang digilai ramai, juga telah digunakan sebagai runut bunyi bagi drama, Awak Suka Saya Tak? Macam-macam kitorang nak tanya dia nanti.. kalau korang nak join sekali, jangan lupa saksikan Depan Rumah Je!