Hannah Delisha

Just in case ada manusia yang belum kenal siapa Hannah Delisha, izinkan kami kenalkan kat korang! Berasal dari Singapura, lahir pada tahun 1996, Hannah atau nama sebenarnya adalah Hannah Adlina Blackburne Birch mula menempa nama di Malaysia melalui drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer di samping Syafiq Kyle.

Mungkin ada juga yang belum tahu, Hannah sebenarnya boleh menyanyi dan beliau boleh menyanyikan lagu lebih dari sepuluh bahasa yang dipelajari daripada ibunya sendiri, Noor Ashikin Ahmad, yang merupakan penyanyi zaman 80-an. Kekdahnya, Hannah ni memang berbakat lah, dah lah cantik.. berbakat pulak. Untung siapa dapat si Hannah ni!

Log in using: