Berbakat dalam hosting? Boleh menjual dalam live streaming? Anda berpeluang untuk menangi wang tunai!

 

Juara: RM50,000
Naib Juara: RM15,000
Tempat Ke-3: RM8,000
Tempat Ke-4: RM5,000
Tempat Ke-5: RM3,000

 

 

CARA PENYERTAAN JUAL LETOP HURR.TV

 

a. Rakam video berdurasi tidak melebihi 5 minit dengan memperkenalkan diri anda dan menjual/mempromosi 1 barangan.

 

b. Muat naik video di Facebook/Instagram anda.

 

c. Pastikan anda tag @hurr.tv di Facebook/Instagram dan hashtag #hurrtvJualLetop di kapsyen.

 

 

TERMA & SYARAT JUAL LETOP HURR.TV

 

1. Peraduan 'Jual Letop' ini diatur, diurus dan diterbitkan oleh HURR TV SDN. BHD. melalui platform digital yang dikenali sebagai HURR.TV bertujuan mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industry e-dagang.

 

2. Penyertaan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada Disember 2020.

 

3. Terbuka kepada mereka yang mempunyai & tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara di mana-mana platform komersial digital atau e-dagang.

 

4. Tidak terikat dengan mana-mana badan atau agensi.

 

5. Bebas dan selesa untuk mempromosikan apa sahaja barang atau jenama yang akan diberikan di dalam tugasan jualan di atas talian.

 

6. Mempunyai personaliti yang menarik, petah berbicara dan tidak kekok untuk berada di hadapan kamera untuk melalukan 'Facebook live'.

 

7. Aktif di sosial media terutamanya Facebook dan Instagram. Pastikan akaun anda pada tetapan umum.

 

8. Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa Peserta telah memberi butiran yang sah, sempurna, betul dan tepat menggunakan maklumat yang benar, dan Peserta tidak ada menyembunyikan sebarang maklumat yang diminta/diperlukan pihak HURR TV SDN. BHD. dan Peserta telah memberikan jawapan dan/atau respons yang benar dan tepat kepada semua dan/atau sebarang soalan dan/atau pertanyaan yang dikemukakan pihak HURR TV SDN. BHD. Seterusnya pihak Peserta mengakujanji bahawa pihak HURR TV SDN. BHD. berhak, secara mutlak dan berdasarkan budi bicaranya sendiri, untuk menyingkirkan Penyertaan Peserta tanpa memberikan sebarang alasan dan/atau jika didapati sebarang maklumat yang diberikan pihak Peserta adalah palsu dan/atau kurang tepat dan/atau mengelirukan dan/atau Peserta telah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.

 

9. Peserta boleh menghantar sebanyak mana Penyertaan yang diingini tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang boleh disenarai pendekkan atau memenangi sebarang hadiah.

 

10. Kesemua Penyertaan bagi Peraduan ini harus diterima pihak HURR TV SDN. BHD. pada atau sebelum 6.00 petang, pada hari terakhir tempoh penghantaran peraduan ini iaitu pada 6hb November 2020.

 

11. Peserta perlu menanggung sebarang caj pengendali servis internet dan/atau kesemua atau mana-mana kos dan caj bagi menyertai Peraduan ini.

 

12. Sebarang Penyertaan yang diterima selepas 6.00 petang pada hari terakhir Tempoh Peraduan ini atas sebarang sebab, akan dikira sebagai terbatal.

 

13. Peserta adalah dikehendaki untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan seperti yang dinyatakan di sini. Pihak HURR TV SDN. BHD. berhak untuk menarik balik sebarang kelayakan penyertaan jika Peserta yang senarai pendekkan didapati telah melakukan penipuan dan/atau didapati tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan seperti yang dinyatakan di sini dalam apa bentuk sekalipun.

 

14. Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa Peserta tidak akan, dalam sebarang bentuk media dan/atau secara langsung di dalam sebarang bentuk majlis di seluruh alam semesta (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang laman web termasuk laman web sosial seperti "Facebook, Twitter, Instagram" dan/atau laman-laman lain seumpamanya atau sebarang media dalam talian), membuat sebarang kenyataan dan/atau pengumuman berkenaan Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hadiah Peraduan) jika di pilih sebagai Finalis 'Jual Letop', tanpa kebenaran bertulis pihak HURR TV SDN. BHD.

 

15. HURR TV SDN. BHD. dan/atau agennya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kehilangan dan/atau kesulitan yang dialami Peserta akibat Terma dan Syarat Peraduan dan/atau penyertaan Peserta di dalam Peraduan ini.

 

16. HURR TV SDN. BHD. berhak untuk membuat sebarang perubahan dan/atau pindaan, tambahan atau pertukaran terhadap Terma dan Syarat Peraduan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis dan semua Peserta adalah terikat dengan sebarang dan/atau kesemua perubahan dan/atau pindaan, tambahan atau pertukaran tersebut.

 

 

PEMILIHAN PEMENANG PERADUAN

 

a. Peraduan ini menawarkan hadiah berjumlah RM50,000.00 dan peluang untuk menjadi bakat di HURR TV SDN. BHD.

 

b. Perserta-perserta terbaik akan dipilih mengikut penilaian dan permarkahan oleh pihak HURR TV SDN. BHD. dan para juri yang terlibat.

 

c. Lima puluh (50) Peserta yang mengikuti kesemua langkah penyertaan akan disenarai pendekkan dan dipilih untuk menjalani penilaian mingguan yang akan dibuat setiap minggu.

 

d. Peserta juga perlu memiliki penampilan dan personaliti menarik serta kebolehan mengolah dan menjual barangan di atas talian.

 

e. Peserta Peraduan yang disenarai pendekkan akan di hubungi melalui telefon di nombor yang dinyatakan Peserta di dalam Penyertaan Peserta terbabit. HURR TV SDN. BHD. berhak, pada budi bicara mutlak pihak HURR TV SDN. BHD. untuk membatalkan kelayakan mana-mana  Peserta yang tidak dapat dihubungi. Pihak HURR TV SDN. BHD. tidak bertanggungjawab di atas pembatalan kelayakan mana-mana Peserta Peraduan yang tidak dapat dan/atau gagal dihubungi.

 

f. Kelayakan ke ujibakat akhir tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk produk, kredit atau lain-lain, sebahagian atau sepenuhnya.

 

 

17. Semua kos tambahan untuk ujibakat, tugasan mingguan dan juga untuk menghadiri siaran langsung mingguan di studio HURR TV SDN. BHD. adalah tanggungjawab tunggal Peserta Peraduan yang disenarai pendekkan. Jika perlu, Peserta bertanggungjawab untuk mengatur pengangkutan ulang alik dan/atau penginapannya sendiri dan/atau menanggung sendiri segala bentuk perbelanjaan tambahan peribadi ketika melakukan tugasan mingguan/ menghadiri siaran langsung mingguan dan/atau sebarang program promosi berkaitan Peraduan ini. Pihak HURR TV BHD. BHD. berhak menggunakan nama, alamat, foto, rakaman video dan/atau filem, maklumat bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa pampasan dan/atau notis dan/atau kebenaran kepada dan/atau daripada Peserta Peraduan.

 

18. Kecuali dinyatakan sebaliknya, Peserta Peraduan perlu mengemukakan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan oleh pihak HURR TV SDN. BHD.

 

19. Sekiranya Peserta Peraduan yang disenarai pendekkan memilih untuk tidak mengambil dan/atau enggan menghadiri tugasan mingguan, Peserta Peraduan akan dianggap sebagai telah melepaskan kesemua dan/atau mana-mana haknya terhadap Peraduan tersebut dan pihak HURR TV SDN. BHD. berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk melakukan apa sahaja dengan tugasan mingguan tersebut. Peserta Peraduan dengan ini mengakujanji bahawa sekiranya mereka memilih untuk tidak mengambil dan/atau enggan menghadiri ujian/tugasan tersebut, Peserta Peraduan tidak mempunyai sebarang bentuk tuntutan terhadap pihak HURR TV SDN. BHD.

 

20. Peserta Peraduan bersetuju, jika di minta oleh pihak HURR TV SDN. BHD. pada budi bicara mutlaknya, untuk menandatangani surat perlepasan dan indemniti dalam bentuk yang ditetapkan pihak HURR TV SDN. BHD. sebelum Peserta Peraduan dibenarkan untuk mengambil dan/atau menjalani tugasan mingguan.

 

21. Semua keputusan mengenai sebarang perkara berkaitan dengan Peraduan ini adalah atas budi bicara tunggal dan mutlak HURR TV SDN. BHD. dan/atau panel hakim yang dilantik dan adalah pada setiap masa muktamad dan semua Peserta terikat kepadanya. Sebarang rayuan dan/atau sebarang surat-menyurat mengenainya tidak akan dilayan.

 

22. Peserta Peraduan yang disenarai pendekkan perlu menghadiri/menjalani tugasan mingguan / tugasan akhir di alamat serta pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jika gagal, Peserta Peraduan akan dianggap sebagai telah melepaskan kesemua dan/atau mana-mana haknya ke atas ujibakat tersebut dan sebarang pertanyaan, rayuan dan/atau sebarang surat-menyurat mengenainya tidak akan dilayan.

 

23. Peserta yang telah disenarai pendekkan akan diberikan tugasan mingguan dan hendaklah menjalankan tugasan tersebut pada tempoh yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak HURR TV SDN. BHD. dan juga peserta. Pihak HURR TV SDN. BHD. akan menghantar dan menanggung kos penghantaran barangan kepada peserta untuk tujuan tugasan LIVE STREAM di alamat dan masa yang telah dipersetujui. Segala pertukaran alamat adalah tidak dibenarkan dan pihak HURR TV SDN. BHD. tidak akan menanggung sebarang kerugian bagi segala kegagalan penerimaan penghantaran tersebut. Kegagalan melakukan sebarang bentuk tugasan LIVE STREAM mingguan yang telah ditetapkan akan menyebabkan peserta tersingkir daripada pertandingan ini.

 

24. Peserta dengan ini menyerahkan hak yang tidak boleh dibatalkan kepada HURR TV SDN. BHD. (termasuk serah hak semasa untuk hak cipta masa depan) bagi seluruh hak cipta dan semua hak lain dalam apa jua bentuk dan bagi sumbangannya kepada Peraduan ini, dan ini memberikan HURR TV SDN. BHD. hak untuk menggunakan dan memanfaatkan dan memberi lesen kepada pihak lain untuk menggunakan dan memanfaatkan sumbangan tersebut menerusi sebarang cara dan dalam semua media dan format yang diketahui atau dicipta selepas ini di seluruh Alam Semesta untuk tempoh penuh hak cipta termasuk sebarang lanjutan dan pembaharuan kepadanya dan selepasnya setakat mana yang mungkin buat selama-lamanya. Tambahan lagi, Peserta dengan ini bersetuju mengenepikan semua hak beliau di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987 dan sebarang pindaan atau penggubalan semula ["Undang-Undang Hak Cipta"] dan di bawah segala undang-undang serupa di mana-mana tempat di dunia yang mungkin mewujudkan hak kerana penyertaannya di dalam Peraduan untuk membolehkan HURR TV SDN. BHD. atau penaja hadiah mengambil kesempatan penuh daripada Peraduan tanpa sebarang sekatan.

 

25. Peserta dengan ini mengenepikan haknya, dengan cara yang tidak boleh dibatalkan, ke atas sebarang sumbangannya kepada Peraduan dan apa-apa dan semua 'hak moral' yang mungkin ada pada Peserta pada masa ini dan masa depan termasuk tetapi tidak terhad kepada hak Peserta di bawah Seksyen 25 dan 25A Undang-Undang Hak Cipta atau mana-mana undang-undang yang serupa di mana-mana bidang kuasa dan mengiktiraf hak HURR TV SDN. BHD. atau penaja hadiah untuk menggunakan nama, imej dan suara peserta dan sebarang butiran biografi, gambar dan rakaman beliau secara berasingan atau secara bersama dalam dalam semua media dan format di seluruh Alam Semesta termasuk tetapi tidak terhad kepada Peraduan - rancangan TV dan/atau laman web berkaitan atau sebarang media dalam talian lain dan dalam bahan pengiklanan, publisiti, tajaan dan eksploitasi (seperti dalam perenggan 26).

 

26. HURR.TV SDN. BHD. berhak untuk menggunakan atau memberi hak kepada penaja hadiah untuk menggunakan nama dan/atau gambar Peserta sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dan Peserta tidak layak untuk membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan lain bagi bahan tersebut. Peserta juga jika perlu memberikan ulasan untuk siaran akhbar, menyertai sesi foto, membuat rakaman video, menghadiri temu ramah media, muncul dalam rancangan radio dan televisyen dan menghadiri pengumuman acara dan tidak berhak untuk menuntut hak pemilikan atau pampasan kerana menyertai acara publisiti sedemikian.

 

27. Peserta dengan ini mengaku janji bahawa beliau bukan seorang muflis. Pihak HURR TV SDN. BHD. berhak untuk membatalkan Penyertaan mana-mana Peserta yang didapati berstatus muflis. Sekiranya Pemenang Peraduan didapati berstatus muflis, kemenangan Pemenang Peraduan serta Hadiah Peraduan akan secara serta- merta di anggap sebagai terbatal dan HURR TV SDN. BHD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerosakan dan/atau kerugian yang timbul akibat pembatalan tersebut.

 

28. Peraduan ini diadakan atas dasar "keadaan semasanya" dan pihak HURR TV SDN. BHD. tidak bertanggungjawab dan/atau dipertanggungjawabkan di atas sebarang kehilangan dan/atau kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima mana-mana Penyertaan di atas sebarang sebab melainkan kecuaian pihak HURR.TV. Bukti penghantaran tidak boleh dibuktikan sebagai bukti penerimaan.

 

29. Pihak HURR TV SDN. BHD. dan/atau agennya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana tuntutan dan/atau kerugian pihak ketiga dalam sebarang bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk kerugian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada penyertaan Peserta di dalam Peraduan ini dan/atau penerimaan mana-mana Hadiah Peraduan oleh Peserta.

 

30. HURR TV SDN. BHD. tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah atau pincang tugas teknikal yang dikaitkan dengan (atas apa-apa sebab sekali pun), mana-mana rangkaian atau talian telefon, pelayan, atau pembekal, stesen televisyen, atau gabungan mana-mana perkara tersebut dalam Peraduan ini.

 

31. Terma dan Syarat Peraduan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang isu berhubung dan/atau berkaitan dengan Terma dan Syarat Peraduan adalah tertakluk kepada bidangkuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.

 

32. Dengan memberikan data-data peribadi dan/atau menyertai Peraduan ini, Peserta dengan ini mengesahkan bahawa Peserta telah membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi yang boleh dilihat di www.hurr.tv/jom-layan/jual-letop dan Peserta bersetuju dan/atau memberi kebenaran supaya data peribadi Peserta yang diberikan kepada HURR.TV di proses menurut terma-terma serta syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Notis tersebut.

 

33. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini dan keputusan HURR.TV dalam sebarang dan semua hal berkaitan dengan Peraduan ini dan Peserta mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami dan berjanji untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini.



Subscribe kami untuk hiburan yang urban, relevan dan realiti!