Menggeram dengan Si Comel Princess Aaisyah

 

Sebut sahaja nama Aaisyah Dhia Rana, satu Malaysia boleh bayang kecomelan dia! Layanje Instagram Aaisyah atau Instagram Che Ta, hah~ tengoklah gambar-gambar comel dia! Ee, geram! Baru-baru ini, team hurr.tv berpeluang untuk meluangkan masa bersama Princess Ecah.. Tuhan saja yang tahu betapa geramnya kami tengok gelagatnya ni! Macam nak picit je!

Sebelum berjumpa, kami ada tanya pihak ibu Aaisyah sendiri tentang perkara-perkara yang digemarinya untuk pastikan dia selesa semasa sesi penggambaran nanti. Suka karaoke rupanya Aaisyah ni! Lagu-lagu dia minat pun bukan calang-calang lagu. Disebabkan dia suka karaoke, kami ajak lah dia berkaraoke tapi…. fuh. Dugaan! Bila tunjuk make-up, terus happy! Memang like mother, like daughter! Antara soalan-soalan yang ditanyakan, jawapan yang bikin kami terkedu bila dia jawab baju jenama apa yang dia pakai! #kamimamputelanairliurje

Puteri kesayangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dilahirkan pada tahun 2014 dan pernah muncul dalam sebuah rancangan realiti khas terbitan Astro, bertajuk Little Princess Aaisyah.

Langgani saluran kami untuk menonton pelbagai rancangan yang hip, urban, relevan dan ‘real’.

rsz_fb rsz_yt rsz_ig rsz_tw